Camping in the woods.

Salam & hey everyone!

My family & I went to Zaini Guesthouse, Janda Baik last weekend. Yeay, finally kita camping pun!

Punyalah lama I peram barang camping yg I beli sikit sikit, sampai dah terbanyak & lengkap!

Apa yg I boleh cakap, seronok. Kalau kt rumah tu kita ni asyik lah fikir nk buat kerja rumah kn, so why not kita tukar sikit rutin weekend kita dengan benda lain, macam camping!

Kalau ada yg berminat dengan camping gears I, semuanya i beli online. Naturehike tent I beli from Aliexpress (1st time I beli kt sini), Naturehike flysheet I beli kt shopee. Kerusi semua pun brand yg sama, tapi beli kt Lazada. Benda benda ni kena rajin survey & compare price.

Camping ni ikut lah style mcm mana u nak. Kalau join FCM group kt FB tu, macam macam jenis camping style yg ada. Seronok tengok. Lagi seronok bila org share apa yg dorg masak time camping!

Percaya atau tidak semua ni sumbat dalam Myvi! Myvi kn power! Hahahaha
Yang paling seronok, mestilah anak anak lelaki I. Ayah dia tak seronok part nk kena setup tent & flysheet tula. Hahaha. Angkut barang lagi.
I tukang masak sambil tengok tengok anak berlari.
Mcm main masak masak tau. Best sgt! daging harimau menangis with salad.
Okay barang utk decorate ni sebakul sahaja. Hahaha dan bakul tu pun I riba.
Lepas subuh terus buat breakfast.

Selain makan makan dan makan, we all mandi sungai. Sejuk & menyegarkan betul air nya.

Kalau ada ank kecil, I suggest cari proper campsite. So takdela korg nk rasa xselamat atau mistik segala ni. Heheheh! InshaAllah semuanya okay. Yg penting ada toilet bersih tau!

Okay kalau utk Zaini guesthouse ni, ada juga chalet kecil in case malas nk bawa tent sendiri kan. Boleh tanya owner utk rate yg lebih detail.

Utk sewa tapak, kira adult RM30 per pax. Budak budak under 3, tak perlu bayar.

Okay I rasa lepasni akan ada plan camping lagi selagi dibenarkan merentas ni!

Thanks for reading!

Open kitchen concept.

Salam & hi semua org!

Okay harini i nk share pasal dapur rumah. Bukan apa, sekadar share idea atau tips utk semua org yg bakal menduduki rumah baru atau siapa siapa yg tgh mood deco. Hehehe.

Baru baru ni i join group Kelab deko ikea dekat FB, banyak sangat rumah yg cantik! Suka tengok. Mcm mcm design & theme ada. So I pn share juga gmbr sikit, banyak juga jenis soalan yg I dapat. Jadi, I rasa I nk post kt sini dengan lebih details inshaAllah.

Selepas membuat research/survey, ternyata I rasa memang kabinet dapur ikea lebih murah compared to upah org kabinet design & pasang. Kalau tak percaya, jom do the calculation!

Nk ikutkan, ikea ada siapkan set cabinet so kita tayah pening pening fikir benda benda kecil ni, semua included. Contohnya ni :

Tapi waktu I nk pindah haritu, set ni takde. So I order cabinet satu persatu, lagipun i nk bowl sink yg ada 2. Satu sink xcukup. Hahaha nnt i rimas.

Kenapa i nk 2 sink ?

Sebabnya, lepas i basuh pinggan kt blah kiri, i akan keringkan pinggan di sink blah kanan. So agak agak da kering baru lah i susun ke rak.

Bila kita pilih kayu sebagai tabletop ni, kita kena lah jaga sebaiknya. Untuk I, I mmg dah terbiasa lap air kalau terpecik dan kain lap basah tu mmg besfren I kt rumah. Hahahahha sebab i mmg org yg suka lap perabot. So bila ada org intro pasal Norwex, ofcourse I akan consider. Heheh! Kain lap kot! Mestilah i suka!

Okay so I beli 2 jenis cabinet.

Knoxhult base cabinet with doors & drawer, RM555. Knoxhult base cabinet with doors (3doors), RM 705. Hillesjon inset sink 2 bowls, RM 570. Glypen mixer tap, RM 220.

Kalau korg pilih yg set sedia ada, lagi jimat!

Disebabkan I memerlukan ruangan utk simpan barang, so I jadikan cabinet 3doors ni mcm island. So I kena tutup lah belakang dia yg terbuka tu dengan Forbattra cover panel. Yg ni kena consult dgn staff ikea, so dia boleh suggest saiz mana yg sesuai utk cabinet kita.

Okay tempat i letak microwave tu we all beli kt lazada. Sebabkan husband yg beli, so I pun xdpt tahu nama dia & harga dia. Cuba la cari, microwave rack ke. Hehehe.

Utk gas stove I pilih brand singer. Kalau korg perasan, kt ikea showroom pn dorg guna stove ni juga lagi lagi utk model knoxhult cabinet. So dari situ buat I utk survey lah pasal stove ni.

Kalau pergi Singer, dia ada 2 saiz. Mcm i punya kira kecil sikit. Sapa yg ada bigger kitchen boleh lah beli yg besar lagi. Bawah tu oven bukan tempat simpan tong gas. Tong gas we all bawah sink.

So utk elakkan hal salah ukur ke apa, i memang upah org utk install sink, buat lubang utk pipe gas, utk salur pipe lagi. Kitorg cuma assemble cabinet sahaja.

Sebabkan I bukan org yg asal boleh, ye i mmg upah org yg mmg bidang bertukang utk buat. Taknak lah dah habis duit kt brg, tiba tiba salah buat sendiri. Heheh!

Kalau perasan kt sink i ada warna kuning tu, tu pun i beli kt ikea.

Apa apa pun, kita kena plan ikut kesesuaian saiz rumah kita. Mcm i, space sgt terhad, so I kena beli saiz cabinet yg sesuai.

Okay I rasa ni je yg I terfikir nk share. Heheh! Boleh je DM i kt ig kalau ada soalan lain, I love to share!

Thank you for reading ✨

Indoor picnic ideas.

Salam & hey everyone!

What’s up ? I hope you guys are doing great.

Please stay safe, follow all the SOP given & take care of our kids extra careful during this pandemic.

This past 2 weeks my kids were staying at home with my husband, who has been forced by me to wfh. Hahaha. We got no choice since wfh is not applicable to me at all. Thank God, my husband has the option to wfh (but has to apply first, lol).

So I know they all are so bored staying inside, and I plan to set up ‘hipster-cafe-picnic’ at home.

Using all the camping equipment such as table & folding chair, yeay I made it!

Can u feel cafe environment by looking at this ?
Fettucine carbonara, chicken & egg sandwich. And the best brookies I ever taste!
Fresh sunflower which I bought on Friday.
My first born.
This cheeky boy, but garang.
Fikri was so busy making a mess! hahahahahahahahhaha

Thanks to shopee & lazada, I able to buy everything online! Hehehehe.

I pray that this pandemic will end soon. Bukan sahaja anak anak boring, parents pun sama!

Rindu nk balik kampung.

Thank you for reading!

Canopy villa glamping park.

Salam & hey everyone!

Today I nk share pasal satu glamping park ni yg mana I rasa very affordable & berbaloi baloi.

I memang dah lama sgt teringin nk glamping! Sekarang kt Malaysia pun kita da boleh kata banyak juga choice tempat utk glamping.

Utk I, I will choose the affordable one sebab kalau mahal baik I booked villa with private pool ke atau tmpt staycation yg lain. Tapi masing masing kan ada glamping goals tersendiri, so up to you guys! Heee.

Canopy Villa Glamping Park is one of the glamping site located at Janda Baik, so you all boleh expect cuaca yg nyaman pada malam hari. Siang tu mungkin panas sikit tapi taklah sepanas KL kan. Nama pun dalam hutan, tetap rasa nyaman.

Lepastu ada sungai , walking distance je dari glamping site ni.

So we all booked yg 6pax tent, RM 460 per night. So seorang bayar berapa je kn ? Rasa berbaloi tak ? Tempat dia luas, dan banyak jenis tent. Ada 2 pax tent, ada 4 pax & 6 pax.

Konsep dia bagi I sangat casual. Shared bathroom, tapi tbh toilet dia bukan mcm public toilet buruk sgt ke apa ke. Okay I ni org yg geli sikit bab toilet ni, tapi for me cukup memadai walaupun shared.

Ada basikal (tak perlu sewa), ada kantin (utk breakfast, lepak lepak borak, karok with outdated songs, indoor games). Yg ni semua korg pakai la sesuka hati korg.

Utk BBQ & unggun api, disediakan upon request dan additinal charges. Mcm we all, we all xbuat BBQ, we all buat steamboat. So dapur kecil portable tu pun ada juga kalau nk pinjam. Dekat kantin ada jugak dapur utk masak, kalau mana mana mak nk goreng nasi ke senang la.

Utk yg ada baby, kt sana ada coway. Air panas pn ada. So jgn risau. Semua ada, bawak susu & botol je! Hehehe.

Jangan tanya iron, sebab nama pn camping kan ? Mana ada org iron baju time camping. I mmg siap siap iron dari rumah, lipat elok elok letak dlm luggage.

Dalam tent, ada katil ya. Jangan takut. Bukan tilam yg atas lantai tu. Ada katil & tilam serta cadar & selimut yg selesa. Yg ni I tak expect lgsg pn sbnrnya, tapi mcm wow okay selesa nk tidur!

Utk I yg booked 6 pax tent, I tak rasa pack sgt pn. Bg I okay sgt. We all siap solat pn dalam tent. Hahaha. Pdhl ada je tmpt solat disediakan.

Check in pukul 3ptg, tapi kalau ada tent yg da ready boleh kot check in at 2pm. Check out 12 standard. Breakfast included. Buffet style, terpulang nk mkn kt kantin atau bawak pergi tent. I rasa ni part best juga. Hehehe!

Yg ni mmg jadi port ambil gambar semua orang, maybe sebab lighting on point! Hehehe!
Breakfast depan tent, rasa tenang je sebab sambil borak sambil perhati pokok durian keliling tu. Lepastu anak pun bebas bermain.
Tempat I duduk ni adalah tapak we all buat steamboat malam tu. Bentang alas picnic, duduk atas ni. Ada meja utk letak makanan. Sambil makan sambil tengok anak anak I berlari sana sini.
That colour coordinated with travel buddies. Hehehe!
Alhamdulillah berjaya mami ride dengan ayah. Hehehehe!

Ofkos thank you kt anak anak, Faris & Fikri sebab faham bila mami ckp, mami naik motor dgn ayah. Motor xmuat naik 4org. Nnt dah sampai kita jumpa! Hehehe!

Lega dengar bila maklong ckap, dorg tidur je spnjg jalan pergi & balik. Phewwww.

Itu yg penting nya rancang perjalanan. Anak anak I jenis boleh tidur dalam carseat, so I mmg kena plih time dorg tidur utk memulakan perjalanan. Thank you maklong, thank youuu.

Ni lah tent we all. 6 pax tent. Lagi 1 family tu ambil tent lain. Tapi I xsempat singgah tent dorg nk ambil gambar. Hehehe!

So kalau yg cari tempat utk santai santai rehatkan minda bersama kawan atau keluarga, I recommend this place! I sendiri pn akan repeat lagi next time, inshaAllah.

Anything to ask, u guys boleh leave comment below or DM i kt IG ya, saramohdshah.

Thank you for reading!

100 years old villa.

Salam & hi!

Last thursday, babysitter anak anak I cuti balik kampung. So I took this opportunity utk habiskan masa dengan diorg. The plan came out around 1pm, nk ke Janda Baik. Seriussss!

Org ckp last minit plan ni selalu menjadi, mmg betul! Hahahaha. Around 1pm I booked villa thru airbnb dekat janda baik. Lepastu baru packing baju, baru nk pergi bahan bahan utk BBQ sebab ada BBQ pit kt sana. So why not kn ? Sempat juga lunch dgn FIL sekejap.

Mmg rilex je plan kalini. Tempat nk dituju pn mmg sgt relaxing and the kids enjoy!

100 years old villa.

Bila I buat booking I just tny husband I okay tak tmpt ni, dia kata okay! Takde pula I terfikir scary ke apa ke. Mmg fikir utk berehat je.

Tak sangka end up kt IG ada pula yg tanya xtakut ke, tmpt okay ke tkde gangguan ke , bdk bdk okay ke semua. Hahahaha bukan I nk berlagak atau tk takut, tp serius waktu I booked tu I just fikir nk tmpt yg ada privacy, nk anak anak I main sepuas hati, enjoy BBQ. Itu je.

Mungkin sbb I tak fikir sgt psl side yg mistik tu, everything was okay. Fikri pukul 8pm, dah tidur sebab penat sgt main. faris pun terlelap smbil tgk movie kt laptop dgn I. Alhamdulillah, okay je semuanya.

Tengok la muka masing masing mcm ada plan dalam kepala tu. Hihihi

Puas hati dpt BBQ, dapat breakfast kt warung kampung, siap tapau utk breafast tepi sungai lagi. Hehehe!

Tapi rasanya yg paling enjoy dan seronok fikri kot. Tengok lah siap tidur dalam hammock. Hahaha

Utk lebih lanjut, u all boleh tgk sendiri kt airbnb. Kalau location taip janda baik pn dia akan appear. Jgn risau. I serius xtau nk jwb apa bila org tny apa nama tempat ni. Sebab mmg xde specific name mcm villa apa ke kan.

Here the screenshot of the villa booking.

Utk yg plan yg something kampung, off dr city life, here is the place. No TV, no network connection (digi user please take note), memang kampung.

Tapi i nk ckp, best sgt!

Oh sblm lupa, waktu we all sampai tu ada lah dogs yg dtg juga. Biasalah org asli kn ada bela, so dogs tu semua dr neighbourhood situ. Tapi the dogs xgarang & xkacau org. Cuma kita yg ada anak kecik ni risau la kalau anak pegi pegang pulak kn. You never know kidssssss kan ? Tapi bila I cakap dgn host, xlama tu ada org dtg yg halau dogs tu semua.

Risau sebab fikri nmpk excited bila nampk dogs, “dog dog, roarrrrr” hahahahahhaha.

But yg lain memang okay, nothing to complain.

Thats all! Thank you for reading.

Faris turns 3.

Salam & hey all!

Alhamdulillah, for the good news, kita semua boleh balik kampung jumpa parents.

Hari yg dibenarkan rentas negeri tu, haritu juga parents dtg rumah I. Hihihi atuk nk jumpa cucu, bukan anak. Hmm.

They all stay sampai hari sabtu, then we all gerak sama sama balik Melaka.

Sabtu haritu birthday Faris!

Sempat juga lah masak, order kek & balloon utk dia. Faris suka superheroes, yg dia paling suka Hulk. Kena lah order kek yg ikut benda dia suka. Hahahha alamak, dah start ke fasa anak boleh pilih apa dia nak ni. Hmmm.

So mcm biasa, I order kek dari jiran lama I, Nurul. U all boleh tgk instagram dia, Ibakedesserts. Semua kek cantik & teliti sgt nurul hias kek!

Hulk theme.
Hulk comel sgt tu!
Rezeki faris, setiap kali birthday atuk ada.
Tengok fikri tu, merajuk xdpt robohkan kek abg dia.

My 1st born 💛
Sekejap je dah besar.
Dah pandai dah komen makpak dia. Hahaha

Moga Faris membesar jadi anak yg baik, bukan dengan mami & ayah je, tapi dengan semua org.

Besarkan anak lelaki ni bukan mudah spt yg disangka.

Kena ajar dia sayang org, kena ajar dia jangan berkeras xtentu psal, kena ajar dia hormat org lain juga bukan mak ayah je.

Walaupun kita sayang sgt kt anak dan percaya dia baik, tapi jgn smp taknak tegur kalau dia buat silap. Salah tetap salah.

Mcm i, walaupun semua org ckp Faris ni goodboy & well behave, tapi kalau dia buat salah dia tetap kena marah/tegur. Kita kan manusia, mana boleh lari dari kesilapan. Takde istilah “anak kita baik, anak org yg jahat”. No such thing.

Thank you sebab selalu dengar cakap dan tolong mami bila mami minta tolong. Hihihi.

Okay gaisss! Thank you for reading.

The green collection.

Salam and hey all!

Lepas I dah share sikit psl rumah baru haritu, I rasa dah tiba masa utk touch up sikit & hidupkan suasana dengan few plants.

Utk sekarang ni, I xberani lagi nk share tips penjagaan ke apa sebab i pun beginner! Hihihi. I harap I dapat jaga semua dengan baik.

Everyday I will use apps utk check keadaan pokok I. Diorg okay ke tak, daun kering ke tak. At least, apps tu guide I kalau pokok I dehydrated ke apa kn. I xberani nk siram byk air sebab sebelum ni pokok I sekejap je hidup mgkin sebab I asyik siram je. Hehe. So this time, I nk do it right!

Snake & spider plants!
Money plant.
I love this corner to the max!
Fiddle fig.
I harap kalini I berjaya jaga yg satu ni.
My dreams come true!
I paling teringin nk ada real plant &
place it near the window.
I love this view.
Kinda like it this window.
Nanti da pasang grill dah hilang view open mcm ni.
Huwaaaaa.
Safety first, sarahhhh!

Okay nanti I share lagi kot kot ada rezeki nk tambah collection lagi. I harap I xlupa utk kekalkn minimal as I can.

Thanks for reading!

We finally move in!

Salam & hey there!

First of all, I would like to wish “Selamat Hari Raya Aidilfitri” to all my muslim friends. May all the good things we did, will be accepted by Allah swt. Amin, InshaAllah.

Been so busy this past few weeks. We finally move in to our new house, Alhamdulillah.

Everything was smooth.

I can say that for the first own house, we are all excited to invest in decoration & renovation. Heheh! For me, there’s nothing wrong with that. Sebab kan kita yg duduk, mestilah kita nk semua selesa & cantik. Takdelah stress bila balik kerja kn ?

Mcm I, I memang suka nk mengemas rumah compared to masak. Hahahahha. Org lain tak suka lipat baju, I suka. I suka uruskan baju. Waktu baru 3 hari pindah, belum boleh basu baju sebab ada leaking issue, I dah gelisah dah. Hahahaha. Tunggu kain tak kering kering kt ampaian pn I dah resah.

So this time, sebolehnya I nk rumah tu jadi as per what I imagined.

Alhamdulillah, semuanya okay.

I hope the kids are happy too!

My husband, errr maybe happy cause he said “mcm airbnb dah rumah kita” lol.

If you guys have questions to ask maybe about the furniture, flooring and arrangements, you may DM my ig! I am so happy to help you guys!

Thanks for reading.

Ibuuuuu.

Salam & hey all!

Been so busy lately, I pn taktahu apa yg I busy sgt, xsempat nk update blog.

Before that, I would like to wish Happy Mother’s Day to all awesome mothers out there! Moga kita semua terus kuat dan bersabar melayan karenah anak anak.

Bila kita ni dah jadi ibu, kita takkan boleh lari dari tanggungjawab sbg ibu. Penat mcm mana pn, kita tetap kena kendalikan anak anak, kalau tak siapa lagi kn ?

Hal kebajikan anak anak selalunya mmg dipikul oleh ibu. Nak makan apa, nk tukar baju, nk mandi, nk tidur pukul berapa, nk tukar pampers, nk bangun tgh malam buat susu, semuanya ibu.

Tapi kalau bab main main, itu bg kt ayah. Anak anak lagi suka bergurau dengan ayah, betul tak ?

Puasa kalini I extra penat, anak pun dah dua. Lepastu I perasan dua dua mcm beriya je makan time I puasa ni. Amboi haritu time belum puasa masing masing main main je nk makan. Time mami puasa lah, pukul 9:30pg, Faris dah ckp “nk nasiiii”

Ank ank I memang jenis bangun awal. Bila bulan puasa ni lagi lah diorg bangun awal. Tengok ada lampu terbuka, mula lah masing masing bangun. 6:30 masing masing da bangun dan main.

Pengsannnnnnn!

Disebabkan diorg bangun awal, so byk lah kerja mami dah buat pagi pagi. Rasa mcm da penat sgt, sekali tgk jam adoi baru pukul 11pg ? Knp rasa penat dah mcm pukul 3ptg? Hahahahahaha.

Apa apa pun, penat ke tidak, buat jelah kerja kita kan ? Itulah mak. Bila mami dah tua nnt, kalau masing masing busy, upah lah org nk jaga mami, at least ada org masak utk mami. Mami kn malas bab masak ni. Hehehe!

So harini adalah hari di mana I rasa mcm tertekan sgt, mcm aduhai I need fresh air! Rasa mcm dah lama sgt duduk dalam rumah. Naik tepu dah otak, tak boleh fikir dengan baik. Lepastu harini lah pula anak anak pilih utk memberontak, bergaduh, melalak, semua lahhh. Hahaha. Lepas berbuka, I terpaksa kunci diri dalam bilik, solat & mengaji dgn penuh ketenangan. Biar ayh dorg pula take over.

Ye, kadang kadang kita perlu bertenang sekejap. Sekejap pun jadi lah. Untk kekal waras. I tahu I da xberapa waras harini bila I dah start bergaduh dengan Faris. Hahaha. Faris pn satuuuuuu, harini lah Faris nk cabar kesabaran mami kan. Ishhhhh.

Apa pn, harapnya esok lebih baik dari harini.

Jadi ibu ni bkn senang. Sentiasa kena fikir apa yg terbaik utk anak anak. Nk didik anak ni bkn mcm nk ajar ABC je, tapi mcm mana kita nk membentuk dia jd manusia.

Haritu I try ajar Faris kenal 1-10 boleh tahan semput juga. Biasa lah budak lelaki, dia tgh belajar pn mata boleh pandang tv, tangan boleh capai toys, susah nk focus. Terpaksa lah mami serius time ajar. Mami ni mmg xboleh jd teacher la, mahu semua murid kena rotan. Hahahaha. Teringat time atuk dulu ajar mami maths, lagi la garang kalau xdpt jawab.

Anak anak I semua lelaki. Lagi lah I rasa susahnya nk maintain kn dorg punya lembut hati. Yg kecil tu mmg dari awal nampak dia kurang bertenang. Sikit sikit nk mengamukkkk. Faris pula, nk masuk 3 tahun ni lah dah pandai menjawab, dah pandai nk tunjuk perasaan, dah pandai tak dengar kata.

I xnk jadi mak yg nk senang, bg jela anak gadget. Biar dia leka seharian, tak kacau kita.

I bg, kalau I tgk dorg mcm dah xtau nk buat apa, dah penat main, nk rehat rehat sementara tunggu waktu berbuka. Itu pn ada masa, dan bukan hari hari.

Senang kata apa kita buat utk anak kita ni, kita nk biarlah semuanya kebaikan bkn lah menjadi suatu keburukan yg kita menyesal kelak. InshaAllah.

Oh hampir terlupa, I dapat lah bunga sempena Mother’s day haritu. Terubat lah sikit kepenatan, adalah rasa dihargai sedikit. Hehehe! Pastu ni kembali sedih mereput mengenangkan dah lama tak jumpa mak ayah. Haihhh. Menangis juga la tadi sebab membayangkan raya tanpa diorg. Hmmmmm. Tapi dalam pada stress & sedih harini, terbeli lagi baju raya yg xtau keberapa ntahhhh! Adush, pastu menyesal.

Anyway, I harap semua yg baik baik utk ibu ibu kt luar sana yg struggle mendidik anak anak kecil dan cuba mengekalkan kewarasan kalian. Takpe, penat harini. Bila dah besar nanti kita rehat ya ?

Okay, thank you for reading.

Yg senasib dgn I beraya tanpa family, jangan sedih sedih.

InshaAllah ada rezeki lain, kita jumpa family kita.

Selamat berpuasa!

Salam and hey all!

Sedar xsedar tiba tiba dah bulan puasa.

I nk ucap selamat berpuasa utk u all dan moga puasa kalini lebih bermakna walaupun kita duduk di rumah.

Rindunya kt ayah ibu adik beradik dan ank ank buahhhh.

Bila lah boleh jumpa semua balik ?

Korg berbuka apa harini ? I masak ayam masak kicap & sambal telur hancur.

Balik kerja tadi sempat juga buat shawl tutorial mana lah tahu boleh bg idea korg nk keluar rumah nanti lepas habis MRO ni kn ? Hihihi.

Utk ibu ibu yg ada anak kecil, I feel you! Tak semestinya kita tak boleh bergaya bila ada baby, tapi gaya tu mesti lah yg selesa utk kita.

So I share my simple tutorial, moga bermanfaat utk semua.

www.youtube.com/watch

Selamat mencuba!

Thank you for reading & watching.